20110402

Lokasi Menarik DiKuantan






Kuantan merupakan suatu bandar yang unik, terletak di tepi Sungai Kuantan. Bandarnya menghadap ke arah Laut China Selatan, seperti juga Kuala Terengganu. Jika kita menyeberangi jambatan yang berada berhampiran dengan bandar Kuantan, kita boleh ke Tg Lumpur, di mana jalannya menghubungkan Kuantan dengan bandar Di Raja, Pekan.

Kuantan juga dikatakan sebagai bandar yang berada di tengah-tengah di antara jarak Kota Bharu ke Johor Bahru atau Singapura. Akhir-akhir ini, Kuantan dianggap sebagai suatu pusat bandar yang tumbuh dengan cepat. Ia bakal menjadi hab komersial, ekonomi dan sosial yang menarik ramai orang. Di antara projek-projek yang telah dibangunkan ialah Dataran Putra, Resort Bukit Gambang, Kuantan Sentral serta Bandar Pelabuhan Kuantan.
Antara tempat-tempat destinasi pelancongan yang menarik dan menjadi daya tarikan utama jika anda ke Kuantan ialah :

-pantai-pantai yang cantik seperti Teluk Cempedak, Beserah, Sepat
-air terjun Sg Pandan di Panching
-melawati muzium dan pusat Kraftangan di Pekan Bandar Diraja
-menyusuri sungai dan melawat muzium serta bekas tempat lombong di Sungai Lembing
-menyusuri sungai Kuantan


Selain melawat ke destinasi pelancongan, jangan sekali-kali lupa ke Tg Lumpur untuk merasa makanan laut (Thai seafood) istimewa. Di Kuantan terdapat kemudahan-kemudahan seperti Hospital Tengku Ampuan Afzan, International Islamic University Malaysia, Kuantan Medical Centre, Kuantan Specialist Hospital dan Darul Makmur Medical Center.

Selain UIAM, terdapat Universiti Malaysia Pahang (UMP), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), dan Kolej Komuniti Kuantan. Juga boleh didapati:

* Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS)
* Kolej Poly-Tech MARA
* Kolej ShahPutra Kuantan
* Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota

BOOKING RUMAH TAMU IM 15 KUANTAN

Pembayaran untuk menempah RUMAH TAMU IM 15 KUANTAN adalah RM50.00 bagi satu malam.
Bayaran booking tidak akan dikembalikan jika tempahan rumah tamu dibatalkan.

Semasa menerima kunci rumah tamu pelanggan perlu menjelaskan bayaran sepenuh mengikut bilanggan hari sewaan.

Bayaran booking akan dikembalikan selepas pelanggan memulangkan kunci rumah tamu